PANDANGAN AHLI

Isnin, Disember 12, 2011

SYARAT-SYARAT PENCALONAN 2011





Sila baca syarat-syarat pencalonan serta syarat-syarat berkempen dibawah sebelum anda mengisi borang pencalonan.

SYARAT-SYARAT PENCALONAN
1. Calon,Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.

2. Calon,Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.

3. Calon,Pencadang dan Penyokong mestilah:


i . Tidak terlibat dalam politik wang


ii . Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina
iii. Tidak mengambil dadah
iv. Tidak minum arak
v . Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat
vi .Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar muslim selepas merujuk Penasihat Agama PERUBATAN berpandukan al- quran&sunah


4. Individu yang tidak boleh dicalonkan untuk bertanding ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang kekal iaitu seramai 4 orang dan juga semua ahli JPC.

5. Jumlah borang bagi pencalonan adalah dihadkan dan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN.

6. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Pengerusi/Timbalan Pengerusi 2 atau Ahli Jawatankuasa. [PERUBATAN cawangan]

7. Setiap individu hanya dibenarkan untuk membeli SATU borang sahaja.

8. Setiap individu hanya boleh mencadangkan SEKALI sahaja.

9. Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.

10. Calon,Pencadang serta Penyokong mestilah hadir pada hari pencalonan untuk menandatangani borang dihadapan pegawai JPC.

11. Setiap individu yang membeli borang tetapi tidak menghantar pada hari pencalonan akan dikenakan denda sebanyak LE50.

12. Pencalonan untuk jawatankuasa [PERUBATAN cawangan] hanya dibuka kepada semua ahli di cawangan masing-masing.


13. Borang pencalonan jawatan Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.

14. Borang pencalonan jawatan Timbalan Pengerusi 2 hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.

15. Borang pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa akan dikeluarkan sebanyak 20 borang setiap lelaki dan perempuan.

16. Borang pencalonan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi 2 [PERUBATAN cawangan]

17. Borang pencalonan Ahli Jawatankuasa akan dijual dengan harga LE 5 [PERUBATAN cawangan] .

18. Borang pencalonan boleh dibeli pada 14 dan 15 Disember dan dihantar pada 17 Disember.

19. Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (hari pencalonan)

20. Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPC.

** Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPC adalah muktamad.



Followers