PANDANGAN AHLI

Sabtu, Disember 17, 2011

SYARAT-SYARAT BERKEMPEN 2011



SYARAT-SYARAT BERKEMPEN

1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan lain selain daripada PERUBATAN.
2. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.

3. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi.

4. Poster bercetak adalah dibenarkan dengan syarat:
  • 4.1 salinan hendaklah dihantar kepada JPC terlebih dahulu untuk semakan
  • 4.2 hendaklah bercop PERUBATAN
  • 4.3 hanya diedarkan di markaz PERUBATAN, BKAN, DMAK, Dewan Darul Wehdah dan rumah-rumah ahli sahaja
  • 4.4 hanya boleh ditampal pada bahagian yang disediakan di premis-premis yang dibenarkan
  • 4.5 poster yang ditampal hendaklah dibuang dalam tempoh seminggu selepas tempoh pilihanraya.
5. Rapat umum oleh calon hanya boleh menggunakan pentas pengenalan calon yang disediakan oleh JPC sahaja.

6. Promosi calon oleh penyokong di dalam sebarang program PERUBATAN / PERUBATAN Cawangan Zagazig mestilah meminta izin daripada penganjur majlis.

7. Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

8. Kempen hanya dibenarkan selepas JPC mengumumkan calon yang akan bertanding.

9. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang bertanding.

10. Mana-mana Calon,Pencadang atau Penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPC.

**Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPC adalah muktamad.



Followers