PANDANGAN AHLI

Jawatankuasa Khas Pemilihan Jawatankuasa Cawangan (JPC) Zagazig 2011 adalah satu organisasi yang ditubuhkan sebagai sebuah badan bebas yang bernaung dibawah Lembaga Penasihat PCZ untuk memastikan proses pemilihan jawatankuasa PERUBATAN Cawangan Zagazig berjalan lancar dan selari dengan konsep demokrasi Islam.

Jawatankuasa Pemilihan Cawangan

Selamat Datang Ke Laman Rasmi JPC Zagazig 2011

Jawatankuasa Pemilihan Cawangan

Selamat Datang Ke Laman Rasmi JPC Zagazig 2011

""

Firman Allah:

"" Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (QS. Ali Imran [3]: 159)

Rabu, November 30, 2011

PEMILIHAN DAN MAKLUMAT SISTEM PILIHANRAYA



Berdasarkan perbincangan ahli panel Penasihat PERUBATAN, sistem ‘Undi Popular’ yang sebelum ini dilaksanakan akan digantikan dengan sistem yang baru iaitu sistem ‘Pencalonan’ bermula pada tahun 2010. Hal ini akan memberi lebih faedah kepada PERUBATAN. Menerusi sistem ‘Pencalonan’ ini, mereka yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN akan lebih berasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana mereka ini telah bersedia untuk berkhidmat kepada PERUBATAN jika ingin dibandingkan dengan sistem sebelum ini iaitu mereka yang dilantik menjadi AJK lebih kepada paksa rela. Terdapat tiga asas penting dalam sistem ‘Pencalonan’ iaitu pencadang, calon dan penyokong.

Mulai tahun 2010, Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN (JPP) telah menukar sistem pilihanraya daripada ‘Undi Popular’ kepada sistem ‘Pencalonan’.

Sistem ‘Pencalonan’ ini dikatakan lebih memberi faedah kepada PERUBATAN adalah kerana, mereka yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN akan lebih berasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana mereka ini telah bersedia untuk berkorban dan memberi khidmat kepada PERUBATAN jika ingin dibandingkan dengan sistem sebelum ini iaitu mereka yang dilantik menjadi AJK lebih kepada paksa rela.

Secara ringkasnya, sistem ‘Pencalonan’ ini memerlukan kepada 3 elemen iaitu pencadang, calon serta penyokong. Bagi individu yang ingin mencadangkan seseorang untuk menjadi calon, pencadang itu dikehendaki untuk membeli borang pencalonan daripada wakil JPP dengan kadar harga yang telah ditetapkan mengikut jawatan. Pencadang itu dikehendaki menghantar borang pada tarikh yang telah ditetap oleh pihak JPP. Ketika menghantar borang pencalonan tersebut, pencadang itu dikehendaki untuk hadir bersama-sama dengan calon dan seorang penyokong untuk menandatangani borang pencalonan di hadapan wakil JPP.

Di dalam sistem ‘Pencalonan’ ini, beberapa istilah perlu difahami oleh setiap ahli. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut :-

  1. Pencadang – individu yang menjadi pencadang kepada satu nama calon.
  2. Calon – individu yang menjadi calon dan layak untuk bertanding di dalam pilihanraya.
  3. Penyokong – individu yang menjadi penyokong kepada pencadang untuk pencalonan calon tersebut.
Secara asasnya, sistem ‘Pencalonan’ ini melibatkan beberapa fasa. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Pengeluaran senarai nama ahli PERUBATAN yang matang keahliannya.
  2. Penjualan borang pencalonan.
  3. Hari pencalonan.
  4. Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama].
  5. Kempen dan bantahan.
  6. Pengumuman senarai nama calon [fasa kedua].
  7. Hari pengundian.
  8. Pengumuman keputusan pilihanraya PERUBATAN.


1) Pengeluaran senarai nama ahli PERUBATAN yang matang keahliannya.
  • Maksud keahlian yang matang adalah mereka yang telah berada/belajar di Mesir dalam tempoh setahun sesi PERUBATAN dan telah mengisi borang ahli PERUBATAN. Daripada jumlah semua senarai nama ahli yang telah matang ini, hanya mereka yang telah membayar yuran PERUBATAN sesi lepas sahaja yang layak untuk menjadi pencadang, penyokong serta calon untuk pilihanraya.
  • Setiausaha Agung PERUBATAN Cawangan dan Bendahari Kehormat PERUBATAN Cawangan bertanggungjawab untuk mengemaskini data-data pelajar yang telah matang keahliannya dan telah menjelaskan yuran tahunan PERUBATAN.
  • Senarai nama yang telah dikemaskini ini akan disiarkan di dalam laman web JPC Zagazig, laman web PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG tempoh 5-7 hari sebelum tarikh penjualan borang pencalonan. Setiap ahli perlulah memeriksa terlebih dahulu senarai nama ini sebelum proses pilihanraya ini bermula.

2) Penjualan borang pencalonan.
  • Pada tahun ini, borang-borang pencalonan adalah TERHAD dan akan dijual dengan kadar harga yang telah ditetapkan oleh pihak JPP Pusat. Borang-borang ini akan dijual secara 'siapa cepat dia dapat'. Borang-borang ini terbuka kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig yang matang keahliannya [serta telah menjelaskan yuran tahunan PERUBATAN].
  • Untuk borang pencalonan jawatan Pengerusi Cawangan [lelaki], LIMA borang sahaja yang akan dijual. Setiap borang pencalonan jawatan Pengerusi ini akan dijual dengan harga LE 8.
  • Untuk borang pencalonan jawatan Timbalan Pengerusi 2 Cawangan [perempuan], LIMA borang sahaja yang akan dijual. Setiap borang ini akan dijual dengan harga LE 8.
  • Manakala untuk borang jawatan Ahli Jawatankuasa Cawangan pula, sebanyak 20 borang untuk lelaki dan 20 borang untuk perempuan akan dijual dan setiap satu dijual dengan harga LE 5.
  • Untuk pencadang pencalonan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2, ia dibuka kepada seluruh ahli tidak mengira jantina [ Pengerusi boleh dicalonkan oleh perempuan dan Timbalan Pengerusi 2 boleh dicalonkan oleh lelaki]
  • Manakala untuk pencadang pencalonan jawatan AJKT, lelaki hanya boleh mencalonkan untuk lelaki dan perempuan hanya boleh mencalonkan untuk perempuan.
  • Borang-borang ini boleh dibeli daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC dan akan direkodkan.

3) Hari pencalonan.
  • Pada hari pencalonan ini, mereka yang telah membeli borang dikehendaki untuk menghantar borang ini di tempat yang telah ditetapkan oleh JPC.
  • Pencadang mestilah hadir bersama dengan calon berserta dengan seorang penyokong untuk menandatangani borang pencalonan di hadapan Pengarah JPC (calon lelaki) dan Timbalan Pengarah JPC (calon perempuan).
  • Sebarang pembetulan terhadap borang itu mestilah dibuat dihadapan wakil JPC. Borang-borang yang dihantar selepas tamat tempoh yang telah ditetapkan tidak akan dilayan oleh JPC. 
  • Mana-mana individu yang membeli borang serta gagal menghantarnya pada hari pencalonan akan dikenakan denda sebanyak LE 50.

4) Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama].

Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama] akan dibuat 1-2 hari selepas hari pencalonan.


5) Kempen dan bantahan.
  • Setelah senarai nama calon dikeluarkan, tempoh untuk berkempen bermula. Setiap individu dibenarkan untuk berkempen berdasarkan ketetapan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPC.
  • Tempoh untuk berkempen bermula daripada pengumuman senarai nama fasa pertama sehingga ke pengumuman senarai nama fasa kedua
  • Bagi untuk bantahan pula, setiap individu dibenarkan untuk membuat bantahan terhadap seseorang calon jika didapati calon tersebut melanggar sebarang syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPC. 
  • Untuk membuat bantahan, individu dikehendaki membeli borang bantahan dengan harga LE 30.Borang itu mestilah dihantar kepada JPC berserta dengan bukti dan saksi. 
  • Pihak JPC akan menyiasat segala dakwaan terhadap seseorang calon tersebut. Jika terbukti calon itu bersalah, secara automatik calon itu akan digugurkan dari senarai nama calon. Jika sebaliknya, pihak JPC akan memaklumkan semula kepada individu yang membantah bahawa bantahannya ditolak.
  • Segala keputusan daripada JPC adalah muktamad. Borang bantahan dijual bermula daripada pengumuman senarai nama fasa pertama.

6) Pengumuman senarai nama calon [fasa kedua].
Pengumuman senarai nama calon [fasa kedua] akan dibuat sehari sebelum hari pengundian diadakan. Setiap ahli perlulah memeriksa terlebih dahulu senarai nama calon baru ini sebelum hari pengundian diadakan.


7) Hari pengundian.
  • Hari pengundian akan diadakan di Dewan Darul Wehdah  pada 29 Dis 2011
  • Masa pengundian akan dimaklumkan kemudian.
  • Borang pengundian akan disediakan oleh pihak JPC. Borang adalah tidak terhad dan percuma. 
  • Tempoh masa yang dibuka untuk proses pembuangan undi akan ditetapkan oleh JPC.
  • Calon jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2 hendaklah menghantar wakil pemerhati ketika pengiraaan undi. 

8) Pengumuman keputusan pilihanraya PERUBATAN Cawangan Zagazig.
Keputusan pilihanraya akan diumumkan sehari atau dua hari selepas hari pengundian. Keputusan daripada JPC adalah muktamad.





ORGANISASI JPC ZAGAZIG 2011



Jawatankuasa Khas Pemilihan Jawatankuasa Cawangan (JPC) Zagazig 2011 adalah satu organisasi yang ditubuhkan sebagai sebuah badan bebas yang bernaung dibawah Lembaga Penasihat PCZ untuk memastikan proses pemilihan jawatankuasa PERUBATAN Cawangan Zagazig berjalan lancar dan selari dengan konsep demokrasi Islam.

Ahli JPC Zagazig yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang lain, adalah dilarang sama sekali daripada mencalon atau dicalonkan dalam pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN untuk memastikan ketelusan proses pemilihan.



STRUKTUR ORGANISASI JPC 2011

PENAUNG
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)

Penasihat Dan Penyelaras
Lembaga Penasihat PERUBATAN 2010/11

Penasihat
Azlizan Binti Supian

Pengarah
Mohd Zulfadzli bin Yamin

Timbalan Pengarah
Maisarah Binti Mahmood

Setiausaha
Muhammad Miftahuddin Bin Sufyan

Naib Setiausaha
Ku Fathin Afifah Binti Ku Roseli 

Bendahari
Nur Nabilah Binti Zulkipli

Unit Penerangan
Abdul Muhaimin Bin Yahya
Nurulhuda Binti Shukry

Unit Iklan Dan Promosi
Muhammad Huzaifah Bin Husin
Nurul Farhanah Binti Ruslan 

Unit Pendaftaran
Mohd Afnan Syazwan Bin Julkifli
Adibah Binti Samat

Unit Persiapan
Muhammad Syimir Bin Abd Halim
Siti Khadijah Binti Jusof Khadidi




ETIKA PERLEMBAGAAN PEMILIHAN PERUBATAN



ETIKA PERLEMBAGAAN PERUBATAN
 BERKAITAN DENGAN PEMILIHAN JAWATANKUASA CAWANGAN
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2011/12


1) PERUBATAN adalah sebutan ringkas bagi PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN  MALAYSIA-MESIR. 

(Fasal I: Nama dan Alamat)


      2) Keahlian PERUBATAN adalah automatik kepada pelajar Malaysia dalam bidang sains kesihatan di   Republik Arab Mesir.

       Ahli Biasa
         Warganegara Malaysia
         Pelajar bidang sains kesihatan di Mesir
         Membayar yuran pendaftaran dan yuran keahlian
         Mempunyai hak mengundi
         Memegang jawatan dalam PERUBATAN
         Mendapat faedah-faedah lain mengikut Perlembagaan


Ahli Bersekutu
        Warganegara Malaysia
         Bukan Ahli Biasa
         Mempunyai hubungan perkahwinan dengan Ahli Biasa
         Tiada hak mengundi
         Tidak boleh memegang jawatan dalam PERUBATAN
         Mendapat faedah-faedah lain selari dengan Perlembagaan

(Fasal VII: Keahlian, Perkara 1)


      3) CAWANGAN merupakan cawangan PERUBATAN berdasarkan taburan negeri (muhafazah) di Mesir selain Kaherah.

(Fasal XIX: Cawangan, Perkara 1)


      4) Objektif Cawangan adalah seperti berikut:

      a) Menjaga dan memperkasa kebajikan ahli secara umum.
      b) Menjadi saluran dimana para ahli dapat bertemu dan berbincang kearah memantapkan perpaduan  sesama ahli.
      c) Mengukuhkan perpaduan di kalangan para ahli melalui aktiviti social, pendidikan, kerohanian dan lain-lain.
      d) Mengadakan hubungan dan jalisan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa.
      e) Melaksanakan dan menjayakan misi dan visi semasa Jawatankuasa PERUBATAN.

(Fasal XIX: Cawangan, Perkara 6)


      5) Penubuhan Cawangan difikirkan apabila bilangan ahli PERUBATAN di Cawangan terbabit melebihi 25 (dua puluh lima) orang.

(Fasal XX: Penubuhan dan Pembubaran Cawangan, Perkara 1)

      6) Cawangan akan ditubuhkan dalam masa 45 (empat puluh lima) hari daripada tarikh Mesyuarat Khas Penubuhan Cawangan.

(Fasal XX: Penubuhan dan Pembubaran Cawangan, Perkara 3)


      7) Pengurusan Cawangan adalah dipertanggungjawabkan kepada satu Jawatankuasa seperti termaktub dalam perlembagaan

(Fasal XXV: Jawatankuasa Cawangan, Perkara 1)


     8) Jawatankuasa Khas untuk Pemilihan Jawatankuasa Cawangan (JPC) ditubuhkan oleh lembaga penasihat mengendalikan urusan pemilihan.

(Fasal XXIV: Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Perkara 3)


     9)  Ahli Jawatankuasa JPC dilarang mencalon atau dicalonkan dalam pemilihan Jawatankuasa Cawangan. Bidang tugas JPC adalah seperti berikut :

     a) Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Jawatankuasa Cawangan
     b) Mengikut dan melaksanakan gerak kerja mengikut Etika yang ditetapkan

(Fasal XXIV: Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Perkara 4)


    10) Tugas-tugas JPC dalam proses pemilihan Jawatankuasa Cawangan boleh dipantau oleh tidak lebih 4 (empat) orang pemantau yang dilantik lembaga penasihat sekiranya perlu.

(Fasal XXIV: Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Perkara 5)


    11) Semua individu yang berdaftar dengan PERUBATAN secara automatik adalah merupakan ahli Cawangan berdasarkan muhafazah.

(Fasal XXI: Keahlian Cawangan, Perkara 1)


    12) Semua Ahli Biasa Cawangan mempunyai hak mengundi dalam Pemilihan Jawatankuasa Cawangan

(Fasal XXI: Keahlian Cawangan, Perkara 2)


    13) Jawatankuasa Cawangan yang dilantik berkuatkuasa selepas pengumuman oleh JPC.

(Fasal XXIV: Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Perkara 6)


    14) Struktur organisasi setiap Cawangan hendaklah mengikut perlembagaan

(Fasal XXX: Undang-undang Umum Cawangan, Perkara 1)

    15) Ahli Jawatankuasa Cawangan tidak boleh bergiat aktif dan menjadi Ahli Jawatankuasa dalam mana-mana pertubuhan lain di Mesir pada masa yang sama dan perlu memberikan sepenuh komitmen kepada PERUBATAN

(Fasal XXV: Jawatankuasa Cawangan, Perkara 8)

    16) Lantikan 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)

(Fasal XXII: Mesyuarat Tahunan Cawangan, Perkara 3)



Selasa, November 22, 2011

DAFTAR PERWAKILAN PENGUNDIAN PUSAT

Followers