PANDANGAN AHLI

Isnin, Disember 26, 2011

LAPORAN HARI PENGENALAN CALON


ZAGAZIG,25 Disember- Firman Allah Taala di dalam Al Quran, dari surah An Nisa’ ayat yang ke 58 yang berbunyi: 

“Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada ahlinya………”

Bertemakan “Calon Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”, Jawatankuasa Pemilihan Cawangan (JPC), bagi Perubatan Cawangan Zagazig sekali lagi mengorak langkah dengan mengadakan “Hari Pengenalan Calon” bagi sesi 2011. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan “ahli-ahli” yang bakal bertanding pada pilihan raya cawangan Zagazig pada 29 Disember nanti. Di samping itu, majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para calon untuk membentangkan manifesto kepada warga Sains Kesihatan yang hadir pada malam tersebut. Majlis ini diadakan di Dewan Darul Wehdah dan bermula pada pukul 6.45 malam.

Sambutan yang begitu menggalakkan dan luar biasa daripada warga Sains Kesihatan bagi Muhafazah Zagazig ini begitu menggamit dan memeriahkan suasana majlis Hari Pengenalan Calon pada malam tersebut. Bagi pihak akhawat, dilaporkan bahawa para penyokong sudah hadir seawal pukul 5 malam. Tepat pada pukul 6 malam kelihatan mahasiswa dan mahasiswi mula membanjiri dewan sehingga ada yang terpaksa duduk di luar dewan untuk mendengar manifesto yang bakal diperdengarkan oleh calon mereka. Majlis bermula pada pukul 6.45 malam. Dimulakan dengan pembukaan majlis dan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis tetap pada malam itu, saudara Miftahuddin Sufyan. Seterusnya ucapan dan penerangan serba ringkas mengenai JPC daripada saudara Pengarah JPC, saudara Mohd Zulfadzli Yamin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis pada malam itu, iaitu saudara Dr. Syamsul Bakri bin Osman, pelajar Tahun Enam Universiti Zagazig merangkap Penasihat bagi Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ). Dalam ucapan beliau, beliau ada mengungkapkan beberapa nasihat untuk para calon agar menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai satu taklifan (tanggungjawab) dan bukannya satu tasyrifan (kemuliaan).

Kemudian majlis diserahkan kepada saudara Huzaifah Husin dan saudari Maisarah Mahmood untuk sesi taa’ruf ataupun pengenalan calon pada malam itu. Sorakan dan sokongan padu para penyokong memeriahkan lagi suasana majlis pada malam itu. 

Berikut merupakan calon yang bertanding untuk Ahli Jawatankuasa Tertinggi Cawangan (AJKT) bagi pihak ikhwah:
1.      Marwan Bin Muhammad
2.      Mohamad Zubir Bin Ahmad
3.      Abdussalam Bin Mohd Rashdi
4.      Naim Bin Sarfaraz Ahmad
5.      Mohd Zakhiruddin Bin A.Bakar
6.      Mohd Syahmi Amir Bin Md Razali
7.      Syakir Husein Bin Sohaimi
8.      Nadhar Bin Ahmad Jaafar
9.      Muhammad Ajmal Syamim Bin Ahmad Shobri
10.  Saiful Imran Bin Sairan
11.  Muhammad Adib Bin Omar

Bagi calon Pengerusi pula, calon telah pun menang tanpa bertanding iaitu saudara Abd Hakim Bin Mohd Suhimin. 

Bagi calon pihak akhawat pula, bagi calon AJKT:
1.      Siti Amirah Binti Yusuf
2.      Nurul Farahain Binti Mohd Anafi
3.      Nurul Izzati Binti Mohd Salleh
4.      Nik Mahabbah Khairiah Binti Nik Din
5.      Nor Ain Binti Bahori
6.      Siti Nurshakirah Binti Yaacob
7.      Nur Zahidah Binti Hosman
8.      Nor Amirah Binti Mohd Muhayidin

Bagi calon Timbalan Pengerusi II, dua calon mahasiswi bakal berentap di arena pilihan raya kali ini. Mereka adalah:
1.      Fatimatul Zahrah Binti Mat Zain
2.      Siti Najwa Binti Roslan

Tidak dilupakan juga kepada calon Presiden dan calon Timbalan Presiden Pusat bagi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP di Kaherah) tampil di majlis kali ini untuk tidak melepaskan peluang membentangkan manifesto kepada warga Zagazig. Untuk pengetahuan semua kita akan membuang undi untuk memilih calon PERUBATAN Pusat pada 30 Disember ini. 

Bagi calon Presiden Pusat, mereka adalah
1.      Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi
2.      Mohd Hazwan Bin Rusli


Bagi calon Timbalan Presiden II Pusat (akhawat) pula mereka adalah:
1.      ‘Aisyah Zahirah Binti Sukeri
2.      Dahlia Hazirah Binti Jaafar

Pelbagai gelagat dan telatah lucu yang dapat dilihat daripada calon AJKT sewaktu membentangkan manifesto masing-masing dalam meraih undi warga Perubatan Zagazig. Ada yang melaungkan slogan dalam hendak mentransformasi dan menjanjikan perubahan di dalam persatuan dan tidak kurang pula dengan laungan slogan kasih sayang. Usai slot pengenalan calon, para hadirin disajikan dengan sedikit tanyangan video daripada Unit Iklan Dan Promosi JPC. Majlis bersurai sekitar pukul 11.15 malam.

Kami pihak JPC mengucapkan Jazakumullah Khairan Jaza’ kepada semua warga Perubatan yang hadir dalam menjayakan majlis pada malam tersebut. Semoga dengan usaha dan titik keringat anda semua dalam menghadiri majlis pada malam tersebut mendapat keberkatan dan hiddayah daripada Allah Subhanahu wa Taa’la. Insyaallah….

“Society is not a sign of leadership, but it is sign of membership….”

Disediakan oleh,
Muhammad Miftahuddin Bin Sufyan,
Setiausaha,
JPC Zagazig 2011

Followers