PANDANGAN AHLI

Jumaat, Disember 16, 2011

LAPORAN HARI PENJUALAN BORANG


ZAGAZIG - Pada 14 dan15 Disember 2011, JPC Zagazig 2011 yang bermottokan BERKAT, TELUS, dan CEKAP kali ini telah memulakan agenda sulungnya dengan penjualan borang pencalonan yang bertempat  di Dewan Darul Wehdah. Kaunter penjualan borang pencalonan mula dibuka seawal 3.00 petang hingga 7.00 malam. Alhamdulillah,pada hari pertama penjualan borang pencalonan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dari mahasiswa/wi  Zagazig. 

Kebanyakan mahasiswa/wi yang baru sahaja pulang dari kuliah terus menuju ke dewan untuk membeli borang pencalonan. Selain itu,turut disediakan juga adalah kaunter pembayaran yuran keahlian PERUBATAN bagi memudahkan urusan para mahasiswa/wi untuk menjelaskan yuran disamping membeli borang pencalonan. Kaunter penjualan borang pencalonan kembali dibuka selepas maghrib bagi memberi peluang kepada mahasiswa/wi yang tidak berkesempatan membeli borang pada sebelah petang.

Pada hari kedua penjualan borang, sambutan yang diterima juga tidak kurang hebatnya. Walaupun masing-masing sibuk dengan jadual kuliah,namun mahasiswa/wi Zagazig tetap tidak melepaskan peluang untuk membeli borang pencalonan. Kaunter penjualan borang terus dibuka sehingga 7.00 malam seperti hari pertama penjualan borang.

JPC Zagazig 2011 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sokongan dan komitmen yang diberikan oleh mahasiswa/wi Zagazig bagi memudahkan urusan proses pemilihan yang bakal dijalankan tidak lama lagi berjalan dengan lancar. Semoga barisan AJKT yang bakal dipilih kelak dapat melaksanakan amanah dan taklifat dengan sebaiknya disamping memberi kemaslahatan kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig khususnya pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,
Ku Fathin Afifah binti Ku Roseli,
Naib Setiausaha,
JPC Zagazig 2011


Followers