PANDANGAN AHLI

Rabu, November 30, 2011

PEMILIHAN DAN MAKLUMAT SISTEM PILIHANRAYA



Berdasarkan perbincangan ahli panel Penasihat PERUBATAN, sistem ‘Undi Popular’ yang sebelum ini dilaksanakan akan digantikan dengan sistem yang baru iaitu sistem ‘Pencalonan’ bermula pada tahun 2010. Hal ini akan memberi lebih faedah kepada PERUBATAN. Menerusi sistem ‘Pencalonan’ ini, mereka yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN akan lebih berasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana mereka ini telah bersedia untuk berkhidmat kepada PERUBATAN jika ingin dibandingkan dengan sistem sebelum ini iaitu mereka yang dilantik menjadi AJK lebih kepada paksa rela. Terdapat tiga asas penting dalam sistem ‘Pencalonan’ iaitu pencadang, calon dan penyokong.

Mulai tahun 2010, Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN (JPP) telah menukar sistem pilihanraya daripada ‘Undi Popular’ kepada sistem ‘Pencalonan’.

Sistem ‘Pencalonan’ ini dikatakan lebih memberi faedah kepada PERUBATAN adalah kerana, mereka yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN akan lebih berasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana mereka ini telah bersedia untuk berkorban dan memberi khidmat kepada PERUBATAN jika ingin dibandingkan dengan sistem sebelum ini iaitu mereka yang dilantik menjadi AJK lebih kepada paksa rela.

Secara ringkasnya, sistem ‘Pencalonan’ ini memerlukan kepada 3 elemen iaitu pencadang, calon serta penyokong. Bagi individu yang ingin mencadangkan seseorang untuk menjadi calon, pencadang itu dikehendaki untuk membeli borang pencalonan daripada wakil JPP dengan kadar harga yang telah ditetapkan mengikut jawatan. Pencadang itu dikehendaki menghantar borang pada tarikh yang telah ditetap oleh pihak JPP. Ketika menghantar borang pencalonan tersebut, pencadang itu dikehendaki untuk hadir bersama-sama dengan calon dan seorang penyokong untuk menandatangani borang pencalonan di hadapan wakil JPP.

Di dalam sistem ‘Pencalonan’ ini, beberapa istilah perlu difahami oleh setiap ahli. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut :-

  1. Pencadang – individu yang menjadi pencadang kepada satu nama calon.
  2. Calon – individu yang menjadi calon dan layak untuk bertanding di dalam pilihanraya.
  3. Penyokong – individu yang menjadi penyokong kepada pencadang untuk pencalonan calon tersebut.
Secara asasnya, sistem ‘Pencalonan’ ini melibatkan beberapa fasa. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Pengeluaran senarai nama ahli PERUBATAN yang matang keahliannya.
  2. Penjualan borang pencalonan.
  3. Hari pencalonan.
  4. Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama].
  5. Kempen dan bantahan.
  6. Pengumuman senarai nama calon [fasa kedua].
  7. Hari pengundian.
  8. Pengumuman keputusan pilihanraya PERUBATAN.


1) Pengeluaran senarai nama ahli PERUBATAN yang matang keahliannya.
  • Maksud keahlian yang matang adalah mereka yang telah berada/belajar di Mesir dalam tempoh setahun sesi PERUBATAN dan telah mengisi borang ahli PERUBATAN. Daripada jumlah semua senarai nama ahli yang telah matang ini, hanya mereka yang telah membayar yuran PERUBATAN sesi lepas sahaja yang layak untuk menjadi pencadang, penyokong serta calon untuk pilihanraya.
  • Setiausaha Agung PERUBATAN Cawangan dan Bendahari Kehormat PERUBATAN Cawangan bertanggungjawab untuk mengemaskini data-data pelajar yang telah matang keahliannya dan telah menjelaskan yuran tahunan PERUBATAN.
  • Senarai nama yang telah dikemaskini ini akan disiarkan di dalam laman web JPC Zagazig, laman web PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG tempoh 5-7 hari sebelum tarikh penjualan borang pencalonan. Setiap ahli perlulah memeriksa terlebih dahulu senarai nama ini sebelum proses pilihanraya ini bermula.

2) Penjualan borang pencalonan.
  • Pada tahun ini, borang-borang pencalonan adalah TERHAD dan akan dijual dengan kadar harga yang telah ditetapkan oleh pihak JPP Pusat. Borang-borang ini akan dijual secara 'siapa cepat dia dapat'. Borang-borang ini terbuka kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig yang matang keahliannya [serta telah menjelaskan yuran tahunan PERUBATAN].
  • Untuk borang pencalonan jawatan Pengerusi Cawangan [lelaki], LIMA borang sahaja yang akan dijual. Setiap borang pencalonan jawatan Pengerusi ini akan dijual dengan harga LE 8.
  • Untuk borang pencalonan jawatan Timbalan Pengerusi 2 Cawangan [perempuan], LIMA borang sahaja yang akan dijual. Setiap borang ini akan dijual dengan harga LE 8.
  • Manakala untuk borang jawatan Ahli Jawatankuasa Cawangan pula, sebanyak 20 borang untuk lelaki dan 20 borang untuk perempuan akan dijual dan setiap satu dijual dengan harga LE 5.
  • Untuk pencadang pencalonan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2, ia dibuka kepada seluruh ahli tidak mengira jantina [ Pengerusi boleh dicalonkan oleh perempuan dan Timbalan Pengerusi 2 boleh dicalonkan oleh lelaki]
  • Manakala untuk pencadang pencalonan jawatan AJKT, lelaki hanya boleh mencalonkan untuk lelaki dan perempuan hanya boleh mencalonkan untuk perempuan.
  • Borang-borang ini boleh dibeli daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC dan akan direkodkan.

3) Hari pencalonan.
  • Pada hari pencalonan ini, mereka yang telah membeli borang dikehendaki untuk menghantar borang ini di tempat yang telah ditetapkan oleh JPC.
  • Pencadang mestilah hadir bersama dengan calon berserta dengan seorang penyokong untuk menandatangani borang pencalonan di hadapan Pengarah JPC (calon lelaki) dan Timbalan Pengarah JPC (calon perempuan).
  • Sebarang pembetulan terhadap borang itu mestilah dibuat dihadapan wakil JPC. Borang-borang yang dihantar selepas tamat tempoh yang telah ditetapkan tidak akan dilayan oleh JPC. 
  • Mana-mana individu yang membeli borang serta gagal menghantarnya pada hari pencalonan akan dikenakan denda sebanyak LE 50.

4) Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama].

Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama] akan dibuat 1-2 hari selepas hari pencalonan.


5) Kempen dan bantahan.
  • Setelah senarai nama calon dikeluarkan, tempoh untuk berkempen bermula. Setiap individu dibenarkan untuk berkempen berdasarkan ketetapan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPC.
  • Tempoh untuk berkempen bermula daripada pengumuman senarai nama fasa pertama sehingga ke pengumuman senarai nama fasa kedua
  • Bagi untuk bantahan pula, setiap individu dibenarkan untuk membuat bantahan terhadap seseorang calon jika didapati calon tersebut melanggar sebarang syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPC. 
  • Untuk membuat bantahan, individu dikehendaki membeli borang bantahan dengan harga LE 30.Borang itu mestilah dihantar kepada JPC berserta dengan bukti dan saksi. 
  • Pihak JPC akan menyiasat segala dakwaan terhadap seseorang calon tersebut. Jika terbukti calon itu bersalah, secara automatik calon itu akan digugurkan dari senarai nama calon. Jika sebaliknya, pihak JPC akan memaklumkan semula kepada individu yang membantah bahawa bantahannya ditolak.
  • Segala keputusan daripada JPC adalah muktamad. Borang bantahan dijual bermula daripada pengumuman senarai nama fasa pertama.

6) Pengumuman senarai nama calon [fasa kedua].
Pengumuman senarai nama calon [fasa kedua] akan dibuat sehari sebelum hari pengundian diadakan. Setiap ahli perlulah memeriksa terlebih dahulu senarai nama calon baru ini sebelum hari pengundian diadakan.


7) Hari pengundian.
  • Hari pengundian akan diadakan di Dewan Darul Wehdah  pada 29 Dis 2011
  • Masa pengundian akan dimaklumkan kemudian.
  • Borang pengundian akan disediakan oleh pihak JPC. Borang adalah tidak terhad dan percuma. 
  • Tempoh masa yang dibuka untuk proses pembuangan undi akan ditetapkan oleh JPC.
  • Calon jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2 hendaklah menghantar wakil pemerhati ketika pengiraaan undi. 

8) Pengumuman keputusan pilihanraya PERUBATAN Cawangan Zagazig.
Keputusan pilihanraya akan diumumkan sehari atau dua hari selepas hari pengundian. Keputusan daripada JPC adalah muktamad.





Followers