
Berdasarkan perbincangan ahli panel Penasihat PERUBATAN, sistem ‘Undi Popular’ yang sebelum ini dilaksanakan akan digantikan dengan sistem yang baru iaitu sistem ‘Pencalonan’ bermula pada tahun 2010. Hal ini akan memberi lebih faedah kepada PERUBATAN. Menerusi sistem ‘Pencalonan’ ini, mereka yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN akan lebih berasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas kerana mereka ini telah bersedia untuk berkhidmat kepada PERUBATAN jika ingin...