PANDANGAN AHLI

Sabtu, Disember 17, 2011

LAPORAN HARI PENCALONAN



ZAGAZIG, 17 Dis - Kehangatan suasana pemilihan di peringkat cawangan mulai terasa bahangnya apabila Jawatankuasa Pemilihan Cawangan, (JPC) Zagazig mulai selangkah tapak ke hadapan dengan mengadakan Hari Pencalonan di Dewan Darul Wehdah bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang. 

Ahli jawatankuasa JPC mulai tiba di lokasi pencalonan seawal 9 pagi untuk persiapan sepatutnya agar proses Hari Pencalonan pada hari ni berjalan dengan jayanya. Seawal kaunter dibuka pada pukul 10 pagi sambutan yang diterima tidaklah memuaskan kerana faktor hujung minggu dek kesibukan warga PERUBATAN Malaysia di sekitar Zagazig ini dengan jadual harian masing-masing.

Tepat pada pukul 12.51 petang, usai daripada menunaikan solat Zuhur, calon yang pertama hadir bersama pencadang dan penyokong untuk sesi pengesahan calon yang bertanding dan penyerahan borang di kaunter ikhwah . Dimulakan dengan sesi pendaftaran calon dalam memastikan calon menjelaskan yuran pada tahun ini. Kemudian disusuli pula dengan penerangan daripada saudara Pengarah JPC, Mohd Zulfadzli bin Yamin. Penerangan dimulakan dengan syarat-syarat pencalonan dan diakhiri dengan etika ketika berkempen dan bantahan. Segala kekusutan dan permasalah mengenai pemilihan calon pada pilihan raya tahun ini dapat difahami sepenuhnya oleh calon, pencadang dan penyokong.  

Di sebelah akhawat pula, mereka mendapat undangan daripada calon, pencadang dan penyokong seawal pagi lagi. Selesai sesi penerangan, sesi pengambaran menyusul. Kali ini pelbagai ragam para calon dalam aksi bergambar dan rakaman video. Ada yang mencuit hati para ajk dan tidak kurang juga yang terlebih posing dalam bergambar.

Kaunter JPC terus menjadi sasaran para calon, pencadang dan penyokong untuk menghantar borang pada sebelah petangnya. Kali ini segerombolan daripada pihak mereka datang berpusu-pusu sehinggakan lautan manusia melimpah ke luar Dewan Darul Wehdah. Walaupun melalui kesibukan pada hari yang serba mencabar ini, Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kami para AJK JPC.

Kami di pihak JPC merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghangatkan lagi suasana pada hari ini di samping melancarkan lagi majlis Hari Pencalonan pada hari ini. Semoga dengan pencalonan anda pada hari ini akan mengubah corak sosiopolitik dan sosioekonomi PCZ pada masa yang akan datang.

“Pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah dan kelas akan tetapi terlahirnya pemimpin di celah-celah kesusahan masyarakat”
                                                                                                   
Disediakan oleh,
Muhammad Miftahuddin bin Sufyan,
 Setiausaha,
JPC Zagazig 2011.

Followers